ANTARA MUSLIM DAN KAFIR...............bersambung

Sekarang seandainya ada seseorang yang mengatakan dirinya seorang Muslim, tapi ia sama bodoh tentang Islam dengan seorang kafir dan sama pula membangkang perintah Allah, dapatkah kita mengatakan bahawa kedudukannya lebih tinggi daripada seorang kafir ??. Adakah namanya Ahmad memakai songkok dan telah berkhatan maka kedudukannya lebih tinggi daripada seorang Kafir?? dan apa pula alasan untuk mengatakan bahawa ia berhak memperolehi rahmat Allah di dunia dan di akhirat??.

Nabi Ibrahim a.s dilahirkan di tengah-tengah keluarga seorang penyembah berhala, tetapi kerana baginda mengenal Allah dan mentaati perintahNya, maka Nabi Ibrahim a.s telah diangkat derjatnya menjadi Rasul Allah.

Anak Nabi Nuh dilahirkan dalam keluarga seorang nabi, tetapi ia tidak mengerti tentang Allah dan tidak mentaati perintahNya, maka beliau dihukum bersama dengan kumpulan kafirun yang lain dalam banjir besar yang berlaku sepertimana yang diceritakan oleh Al Quran,

Kerana itu marilah kita fahami benar-benar bahawa rahmat Allah hanya dilimpahkan kepada mereka yang mengerti akan Allah dan melaksanakan perintah-perintahNya. Mereka yang tidak memenuhi syarat-syarat itu sama saja kedudukannya dengan golongan kafirun..Na'uzubillahi min zalik.

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2009 Mydekatni |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | Reviewed by Blogger Templates