ANTARA MUSLIM DAN KAFIR...............

Muslim dan kafir ialah dua perkataan yang berlawanan. Muslim ialah orang yang tunduk patuh kepada Allah Taala dan Kafir pula ialah orang yang melawan perintah Allah Taala.Orang Muslim dan Kafir kedua-duanya adalah manusia dan hamba Allah. Tetapi yang satu berkedudukan mulia kerana ia mengakui Allah dan mematuhi perintah-perintahNya. Sedangkan yang satu lagi jatuh dari kedudukan yang tinggi kerana ia tidak mengakui Allah dan tidak mahu melaksanakan perintahNya. Allah menjanjikan kurnia syurga bagi orang Muslim dan memperingatkan orang-orang kafir balasan azab neraka.

Jelaslah yang membezakan seorang Muslim dan Kafir ialah pengetahuan dan perbuatan. Pengetahuan bererti seorang Muslim harus tahu siapa Tuhannya, apa perintah-perintahNya, bagaimana cara melaksanakan kehendakNya, mana perbuatan yang disukaiNya, mana perbuatan yang dimurkaiNya. Bila ia sudah tahu akan hal-hal tersebut, maka langkah kedua ialah menjadikan dirinya hamba kepada Tuhannya, melaksanakan suruhanNya dan mengawal kemauan diri sendiri. Bila hatinya ingin melakukan sesuatu perbuatan, tetapi perbuatan itu bertentangan dengan perintah Tuhannya, maka ia harus melepaskan keinginannya sendiri itu. Apabila suatu perbuatan kelihatan mulia dimatanya, tetapi Tuhannya mengatakan perbuatan itu hina, maka ia harus meninggalkannya. Sebaliknya, bila suatu perbuatan nampak hina di matanya tapi Tuhannya mengatakan mulia, maka harus memandangnya mulia pula. Apabila ia melihat bahawa sesuatu pekerjaan itu bahaya, tetapi Tuhannya mengatakan harus dilakukan maka bagaimanapun juga ia mesti mengerjakannya, walaupun ia mungkin akan kehilangan harta benda atau nyawanya.....!!
Inilah pengetahuan dan perbuatan yang membezakan antara seorang Muslim dan Kafir......jumpa lagi.
 
Copyright © 2009 Mydekatni |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | Reviewed by Blogger Templates