ANTARA MUSLIM DAN KAFIR...............bersambung

Sekarang seandainya ada seseorang yang mengatakan dirinya seorang Muslim, tapi ia sama bodoh tentang Islam dengan seorang kafir dan sama pula membangkang perintah Allah, dapatkah kita mengatakan bahawa kedudukannya lebih tinggi daripada seorang kafir ??. Adakah namanya Ahmad memakai songkok dan telah berkhatan maka kedudukannya lebih tinggi daripada seorang Kafir?? dan apa pula alasan untuk mengatakan bahawa ia berhak memperolehi rahmat Allah di dunia dan di akhirat??.

Nabi Ibrahim a.s dilahirkan di tengah-tengah keluarga seorang penyembah berhala, tetapi kerana baginda mengenal Allah dan mentaati perintahNya, maka Nabi Ibrahim a.s telah diangkat derjatnya menjadi Rasul Allah.

Anak Nabi Nuh dilahirkan dalam keluarga seorang nabi, tetapi ia tidak mengerti tentang Allah dan tidak mentaati perintahNya, maka beliau dihukum bersama dengan kumpulan kafirun yang lain dalam banjir besar yang berlaku sepertimana yang diceritakan oleh Al Quran,

Kerana itu marilah kita fahami benar-benar bahawa rahmat Allah hanya dilimpahkan kepada mereka yang mengerti akan Allah dan melaksanakan perintah-perintahNya. Mereka yang tidak memenuhi syarat-syarat itu sama saja kedudukannya dengan golongan kafirun..Na'uzubillahi min zalik.

ANTARA MUSLIM DAN KAFIR...............

Muslim dan kafir ialah dua perkataan yang berlawanan. Muslim ialah orang yang tunduk patuh kepada Allah Taala dan Kafir pula ialah orang yang melawan perintah Allah Taala.Orang Muslim dan Kafir kedua-duanya adalah manusia dan hamba Allah. Tetapi yang satu berkedudukan mulia kerana ia mengakui Allah dan mematuhi perintah-perintahNya. Sedangkan yang satu lagi jatuh dari kedudukan yang tinggi kerana ia tidak mengakui Allah dan tidak mahu melaksanakan perintahNya. Allah menjanjikan kurnia syurga bagi orang Muslim dan memperingatkan orang-orang kafir balasan azab neraka.

Jelaslah yang membezakan seorang Muslim dan Kafir ialah pengetahuan dan perbuatan. Pengetahuan bererti seorang Muslim harus tahu siapa Tuhannya, apa perintah-perintahNya, bagaimana cara melaksanakan kehendakNya, mana perbuatan yang disukaiNya, mana perbuatan yang dimurkaiNya. Bila ia sudah tahu akan hal-hal tersebut, maka langkah kedua ialah menjadikan dirinya hamba kepada Tuhannya, melaksanakan suruhanNya dan mengawal kemauan diri sendiri. Bila hatinya ingin melakukan sesuatu perbuatan, tetapi perbuatan itu bertentangan dengan perintah Tuhannya, maka ia harus melepaskan keinginannya sendiri itu. Apabila suatu perbuatan kelihatan mulia dimatanya, tetapi Tuhannya mengatakan perbuatan itu hina, maka ia harus meninggalkannya. Sebaliknya, bila suatu perbuatan nampak hina di matanya tapi Tuhannya mengatakan mulia, maka harus memandangnya mulia pula. Apabila ia melihat bahawa sesuatu pekerjaan itu bahaya, tetapi Tuhannya mengatakan harus dilakukan maka bagaimanapun juga ia mesti mengerjakannya, walaupun ia mungkin akan kehilangan harta benda atau nyawanya.....!!
Inilah pengetahuan dan perbuatan yang membezakan antara seorang Muslim dan Kafir......jumpa lagi.

LEGO!! Apakah Perasaan kita yg kata beriman!!




Lego!! Nabi Muhammad???

Sesuatu perkara yang mungkin kita pernah dengar, nampak, baca atau miliki. Namun dimana silapnya sehingga ke hari ini belum ada pihak tertentu mahupun parti politik yang berjuang berlandaskan ISLAM bangkit menentang kebiadaban SYARIKAT LEGO ini. Berbekalkan kebiadaban ini, maka pusat permainan dan taman tema LEGO akan dibina di kawasan Iskandar Malaysia sedikit masa lagi... apa sudah jadi????
Ni antara email yang pernah di Forwardkan oleh rakan-rakan yahoo suatu ketika dahulu... baca la yer

Boikot, jangan tak boi kot demi ke sucian Agama Islam dan Nabi kita Muhamad S.A.W. Barang sesiapa yang ada connection dengan Kementerian Perdangangan, minta usakan untuk menyekat Barangan Lego diimport dan dijual di negara kita Malaysia . Kalau boleh sebarkan ke negara islam selurih dunia untuk menyekat sikap biadab ini.


Kawan-kawan sekelian,

ni lah satu-satu contoh msg yang seharusnya kita ' on the spot 'forward kat kat saudara-saudara se muslim kita. Ia nya tidak mengandungi unsur-unsur fitnah untuk menjatuhkan sebarang individu atau sesuatu organasasi.

Kita semuanya sudah maklum betapa kerasnya permusuhan kerajaan Denmark terhadap Islam. Khasnya dalam kontek memperlekehkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seorang manusia yang termulia, diberi kitab termulia, dalam bahasa termulia, di tanah termulia di muka bumi.

Benarlah Kalamullah ' wa lan tar dha ankal yahudu wa laan nasaara hatta attabia millahum '

!!!STOP BUYING LEGO PRODUCT!!!

Takbir! Takbir! Takbir!!!!!

refer to the latest lego collection recently launched in denmark , i wish we could start thinking about that. Please inform our malaysian muslim to top buying and boycott all lego products. Ya Allah ! Selamatkanlah Umat Islam di seluruh dunia ini.-suaraselatanonline

Betulkan niat dalam melakukan sesuatu kerana Allah S.W.T

Minggu ke 2 Lepas Aidilfitri

Hari ni baru masuk kerja balik, semua anak dah balik kerja dan masuk belajar. wlaupun penat dengan karenah anak-anak tapi aku gembira tengok anak dah besar besar dan berbagai hobby yg dipamerkan. AlhamdulilLah, bersyukur kerena diberi kesempatan sehingga kini dlm keadaan yang serba sederhana dapat juga membesarkan mereka dengan sepenuh kasih sayang. Ya Allah kurniakanlah kami kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Amin.

Aidilfitri 2009




Raya tahun ini bersama keluarga di Seberang Batu Hampar, Rembau N.S

Salam Perkenalan

Assalamualaikum wrt.

Salam sejahtera, blog ni baru dilahirkan. Sempena dengan ini saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari raya Aidilfitri buat semua yang mengenali saya mau pun sesiapa yang melayari blog ini. Pertamakali terasa perbezaan dalam menyambut hari raya kali ini kerana kehadiran menantu dan saorang anak gadis (Sarawak) yang baru mendapat hidayah memeluk islam melalui saya dan sekarang telah menjadi anak angkat dalam keluarga saya. Mudah-mudahan keluarga ini akan senantiasa dirahmati serta mendapat petunjuk dari yang Maha Esa. Amin.
 
Copyright © 2009 Mydekatni |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | Reviewed by Blogger Templates